Wedelia Kuning

Wedelia Kuning merupakan spesis tumbuhan berbunga daripada keluarga bunga matahari. Ia adalah sejenis tanaman liar yang hidup di kawasan beriklim tropika. Pada kebiasaannya Wedelia ini mudah di temui dikawasan kebun, sawah pagi, padang rumput serta di pinggir jalan. Tumbuhan ini mampu tumbuh dengan mencapai antara 45 cm hingga 70 cm panjang. Daunnya berbentuk lonjong, berwarna hijau cerah dengan panjang daun di antara 2 cm sampai 7 cm, manakala permukaan daunnya adalah berbulu dan ditepinya bergerigi.

Pokok ini mempunyai batang berwarna hijau terang dengan bulu halus menutupi seluruh bahagian batang. Bunganya pula berwarna kuning cerah, berukuran kecil dengan kelopak bunga melingkar seperti bunga matahari. Ia dapat tumbuh dengan subur di kawasan yang menerima sinaran matahari penuh. Dipercayai daun Wedelia Kuning mampu membantu mengurangi gejala flu, selain dapat membersihkan plasenta bagi wanita yang bersalin.

Wedelia trilobata.

Wedelia trilobata merupakan keluarga dalam Asteraceae yang berasal dari Amerika Tengah, tetapi sekarang telah tersebar disemua negara termasuk di Malaysia iaitu di Taman Herba Negeri Perak. Pokok sering dibiarkan tumbuh menjalar menutupi tanah terutamanya pada bahagian lereng bukit bagi menghalang sebarang hakisan tanah berlaku. Selain dibiarkan menutupi tanah ia juga sering dijadikan  tanaman perhiasan di kawasan sekitar rumah kerana mempunyai bunga yang cantik.

Antara perubatan tradisional yang terkenal bagi Wedelia Kuning adalah:-

  • Rebus keseluruhan pokok dan minum ia bagi rawat masalah demam, toksin, batuk berkahak, sakit kepala akibat demam dan selsema.

Artikel berkaitan dengan Wedelia Kuning

+ http://www.donilandscape.bogor4u.com/2013/06/widelia-seruni-wedelia-wedelia-trilobata.html

+ https://id.wikipedia.org/wiki/Wedelia

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1