Tetulang

Tetulang dikenali sebagai pokok renek yang bersaiz sederhana besar dimana tingginya mencecah 2 m, disamping mempunyai batang berbentuk silinder yang berukuran 0.5 m hingga 1 m. Berwarna hijau muda bagi yang batangnya yang muda dan hijau tua bagi batang tua. Seluruh bahagian batangnya mengandungi getah. Pokok ini menarik kerana ia menghasilkan susu getah yang amat mujarab untuk mengubati luka apabila terpijak kaca atau tertusuk duri. Selain itu, ia juga mampu mengubati sakit-sakit urat dan patah-patah ringan anggota badan. Ia sejenis tanaman yang mudah hidup di tanah yang mendapat cahaya matahari atau tempat terbuka yang lapang dan luas. Namun tidak dapat hidup apabila tiba musim sejuk. Ia membiak dengan biji benih. Tumbuhan ini boleh muncul dalam pelbagai habitat yang terdiri daripada bukit berumput, singkapan berbatu dan rabung.

Euphorbia tirucalli.

Ia tergolong dari keluarga Euphorbiaceae dan berasal dari negara yang beriklim tropika dan subtropika. Perbezaan ketara yang boleh dilihat diantara tumbuhan lain dan pokok tetulang ini adalah pokok ini langsung tidak berdaun mahupun berbuah. Dari sudut perubatan  tradisional berikut adalah kegunaannya:-

  • Patahkan batangnya untuk mengambil getah dan menyapu getah tersebut pada ketuat untuk menghapuskannya.
  • Merawat sakit telinga dengan mengambil jus daripada daun dipanaskan kemudian titiskan ke dalam telinga.
  • Getah pokok diambil dan direbus bersama nasi dan dimakan bagi melegakan batuk.

Artikel berkaitan dengan Tetulang

+ http://www.herbastrove.com/2016/10/benefits-tetulang-euphorbia-tirucalli-herbs.html

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tetulang

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-tetulang.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1