Sembuluh

Sembuluh adalah tumbuhan liar yang mempunyai tabiat memanjat. Tumbuhan ini biasanya ditemui di dalam semak, sempadan hutan, hutan terbuka, tebing sungai dan di kawasan tanah rendah dan lembap. Ia mampu menghasilkan batang yang bercabang daripada rizom di bawah tanah. Disamping itu, tumbuhan ini boleh tumbuh tinggi mencapai 1 m dimana batangnya yang berwarna merah boleh mencapai 0.3 m hingga 6 m panjang. Pokok Sembuluh mempunyai tekstur yang kasar pada permukaan daunnya dan mempunyai saiz daun 12.5 cm panjang dan 7.5 cm lebar.

Bunganya tumbuh secara berkelompok yang berdiameter 0.25, disamping memiliki warna putih dan merah jambu. Sesungguhnya ia merupakan tumbuhan yang biasa dilihat di Malaysia dan Vietnam, di mana ia digunakan dalam ubat-ubat herba, seperti rawatan disentri, usus dan sakit tekak. Buahnya boleh dimakan secara mentah sebagai beri namun mempunyai rasa yang masam.

Persircaria chinensis.

Persircaria chinensis ataupun pokok Sembuluh merupakan tumbuhan yang ditanam di pelbagai negara khususnya di negara-negara asia seperti China, Japan, India, Nepal, Bhutan, Sikkim, Myanmar, Thailand, dan Vietnam. Di Malaysia pokok yang berada di dalam keluarga Polygonaceae ini boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak. Lazimnya Sembuluh digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai bahan dalam makanan dan perubatan. Namun ianya kadang kala ditanam sebagai tanaman hiasan. Kegunaan Sembuluh dalam perubatan tradisional adalah seperti berikut:-

  • Sembuluh dipercayai dapat merawat sakit gastrik dan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan daunnya.

Artikel berkaitan dengan Sembuluh

+ http://tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Persicaria+chinensis

+ http://www.flowersofindia.net/catalog/slides/Chinese%20Knotweed.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1