Selom

Selom adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan hujan Malaysia. Daun Selom adalah herba tempatan yang sering didapati di kawasan lembap di seluruh Malaysia, India dan Asia Tenggara. Sejak dahulu, ia digunakan sebagai salad sayur-sayuran. Ini kerana daun Selom mempunyai anti oksidan yang sangat tinggi serta mengandungi vitamin A, B, C dan juga mineral. Jika diambil setiap hari sebagai makanan tambahan herba, ia akan menghalang penyakit digenerik kronik dan meningkatkan sistem imunisasi.

Tumbuhan ini tumbuh secara menegak mencapai sehingga 150 cm. Antara ciri khas yang boleh didapati pada daun Selom adalah ia mempunyai batang yang berongga dan berwarna kehijauan. Selain itu, daun bagi pokok Selom ini adalah bersifat bujur, selain kelihatan gerigi di tepi daunnya serta berbentuk tirus dihujungnya. Bagi mengeluarkan bau yang wangi, daun Selom perlu terlebih dahulu dipetik dan dilumatkan. Bunga Selom adalah bunga berjenis majmuk yang tumbuh secara berjambak dan terletak pada pucuk batang dan berwarna putih.

Oenanthe Javanica

Oenanthe Javanica ialah nama saintifik bagi Selom yang tergolong didalam keluarga umbelliferae. Oenanthe merupakan perkataan Greek yang bermaksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur. Manakala Javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat tumbuhan Selom mula-mula dikutip untuk dibuat kajian. Antara nama lain yang sinonim dengan Selom ialah Sium Javanicum dan Oenanthe Stolonifera. Di Malaysia pula, Selom disebut sebagai Piopo. Antara khasiat yang terdapat pada pokok Selom melalui perubatan tradisional adalah seperti berikut:-

  • Makan pucuk Selom sebagai ulam bagi mendapat awet muda, melawaskan pembuangan air besar dan membuang angin dalam badan.

Artikel berkaitan dengan Selom

+ http://ayumawaddah.blogspot.my/2011/07/khasiat-daun-selom.html

+ http://bicaratani.blogspot.my/2012_11_04_archive.html

+ http://www.illinoiswildflowers.info/weeds/plants/wt_celery.html

+ http://animhosnan.blogspot.my/2010/12/selom.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1