Sawi Rusa

Sawi Rusa atau sintrong merupakan herba yang mudah temui di kawasan tanah terbiar. Masyarakat Jawa sering mengutip herba ini untuk dijadikan ulam atau sayuran, selain dapat menambahkan susu ibu selepas bersalin. Ciri-ciri fizikal yang menarik yang terdapat pada tumbuhan ini antaranya mempunyai ketinggian diantara 0.5 m hingga 2.5 m. Memiliki daun yang panjang, bujur diantara 6 mm hingga 12 mm panjang, selain terdapat margin yang tidak sekata dan bergigi di tepi daun. Daunnya adalah lebih besar di pangkalnya dan alternatif ke arah atas. 

Bunga Sawi Rusa berwarna putih keungguan dan memiliki ketinggian sekitar 1.5 m. Ia secara berkelompok dan mempunyai bulu Papus menonjol dimana terdapat lingkaran bulu sekitar kelopak. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Biji benih Sawi Rusa tersebar melalui angin menyebabkan ianya sering dijumpai dikawasan terbiar.

Erechtites valerianifolia.

Sawi Rusa atau nama saintifiknya Erechtites valerianifolia adalah tumbuhan yang berada didalam keluarga Asteraceae. Sintrong adalah nama lain bagi tumbuhan ini dan dipercayai ianya berasal dari Amerika tropika dan subtropika.

Tidak banyak diketahui mengenai khasiat tumbuhan ini namun antara kaedah perubatan tradisional bagi tumbuhan Sawi Rusa adalah seperti berikut:-

  • Bagi sesiapa yang mempunyai masalah asma dan batuk boleh mengambil akar pokok Jarong kemudian mengunyah ia bersama daun sirih. Selain itu, dengan meminum air rebusan akar yang direbus juga boleh merawat masalah yang sama.
  • Daun dan ranting perlu ditumbuk lumat kemudian pupuk ia ke tempat yang mempunyai bisul, calar, kudis, lebam luka dan reumatisme.
  • Pelbagai masalah seperti buasir, busung, demam panas, tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, buang air besar, mencuci darah, menjarangkan anak dan menyingkirkan cacing dalam perut dapat dirawat dengan mengamalkan peminuman air rebusan keseluruhan pokok Jarong.

Artikel berkaitan dengan Sawi Rusa

+ http://www.cabi.org/isc/datasheet/114184

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1