Sagu Burma

Sagu Burma atau dikenali dengan nama saintiknya adalah Maranta arundinacea. Di beberapa tempat, tanaman ini mempunyai nama daerah yang hampir serupa. Antaranya adalah dikenali sebagai Garut, Ararut, Patat Sagu (Sunda), Lerut, Garut, Klarut, Jlarut, Irut, Waerut (Jawa Tengah), Larut, Pirut, Kirut (Jawa Timur), Angkrik (Betawi), Arut, Larut, Salarut (Madura), Tarigu (Banten), atau Klarus, Marus (Bali). Dalam bahasa Inggris Garut disebut Arrowroot, West Indian arrowroot, dan St Vincent arrowroot. Sedangkan nama latin tanaman ini adalah Maranta arundinacea yang mempunyai sinonim Maranta sylvatica. 

Ciri fizikal yang terdapat pada tumbuhan ini adalah batangnya lembut, nipis namun tumbuh tegak, dengan ketinggiannya boleh mencapai antara 40 cm hingga 100 cm dan kebiasaanya bercabang. Daunnya pula keras dan bercabang dan tangkai daun berpelepah pada pangkalnya dengan helaian daun berbentuk bulat melonjong, berwarna hijau atau kadang-kadang bergaris putih atau ungu kemerahan. Bunga Sagu Burma berwarna putih manakala buah melonjong dan warnanya merah tua.

Maranta arundinacea.

Dipercayai tanaman ini sebenarnya berasal dari daerah Amerika Tengah dan Amerika Selatan bahagian utara. Namun kini tersebar dengan meluas di seluruh dunia dan diantaranya adalah sekitar kawasan tropika termasuk Malaysia iaitu Taman Herba Negeri Perak.

Sagu Burma digunakan dalam perubatan tradisional adalah seperti berikut:-

  • Merawat kudis dan bisul dengan cara menghancurkan rizom/ubi dan ditampalkan pada tempat yang sakit. 
  • Selain itu, ia juga menjadi sebagai penyejuk badan dengan cara meminum air rebusan ubi.
  • Akhir sekali, ia juga dapat membantu dalam melawaskan pembuangan air besar dengan memakan ubi ataupun rizom.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1