Rama-Rama

Bauhinia purpurea atau pokok rama-rama adalah pokok hiasan yang mempunyai bunga orkid yang cantik dan daun yang berbentuk rama-rama. Selain itu bunganya mengeluarkan bau yang amat harum. Ia juga boleh dijumpai di Negara China, India dan Asia Tenggara. Akar, kulit kayu, bunga dan daun sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.  Setiap bunga mempunyai 5 kelopak yang berwarna magenta ataupun merah jambu. Manakala daunnya mempunyai panjang kira-kira 10 cm - 20 cm, dan ia berbentuk seperti kuku unta.

Bauhinia purpurea.

Pokok Rama-rama  atau lebih dikenali sebagai pokok tapak kerbau tergolong dalam keluarga Fabaceae. Selain itu juga, pokok rama-rama juga boleh dikenali sebagai Orkid Hong Kong. Untuk pokok yang bersaiz sederhana pokok rama-rama boleh mencapai ketinggian sehingga 17 m.

Antara rawatan tradisional yang menggunakan pokok rama-rama adalah seperti berikut:-

  • Kudis dapat dirawat dengan menampal daun yang telah ditumbuk lumat di tempat berkudis.

Artikel berkaitan dengan Pokok Rama-Rama

+ http://www.mynicegarden.com/2011/06/bauhinia-purpurea-butterfly-tree.html

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1