Puding Putus Kasih

Pokok Puding Putus Kasih merupakan antara tumbuhan hiasan yang popular kerana ciri-ciri yang menarik padanya. Daya tarikan utama yang terdapat pada tumbuhan ini adalah warna serta bentuk daun yang unik. Pada kebiasaannya ia tumbuh di kawasan hutan terbuka dan kawasan belukar. Terdapat beberapa jenis spesies Codiaeum, dan setiap satunya mempunyai bentuk daun yang berbeza, saiz dan warna. Ia adalah pokok renek hijau yang berkemampuan untuk tumbuh setinggi 3 m dan mempunyai daun yang tebal, besar, keras dan berwarna hijau berkilat. Daunnya tersusun secara berselang seli.

Batangnya pula akan mengeluarkan susu getah sekiranya ditoreh. Ukuran bagi bunga ini adalah sekitar 8 cm hingga 30 cm panjang. Ia boleh dibiakan melalui keratan batang. Walaupun begitu, pokok Puding Kasih sesuai dijadikan tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi kawasan taman ataupun halaman rumah. 

Codiaeum variegatum cultivar

Pokok Puding Putus Kasih atau nama saintifiknya Codiaeum variegatum cultivar adalah spesis pokok puding yang berada didalam keluarga Euphorbiaceae. Ia dipercayai berasal daripada Fiji dan Malaysia. Di Malaysia, tanaman ini boleh di jumpai sekiranya berkunjung di Taman Herba Negeri Perak. Puding Putus Kasih merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:-

  • Tumbuhan ini boleh merawat darah tinggi dengan merebus daunnya kemudian air rebusan tersebut.

Artikel berkaitan dengan Puding Putus Kasih

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Codiaeum_variegatum

+ http://www.plantsrescue.com/codiaeum-variegatum/

+ http://www.jaycjayc.com/codiaeum-variegatum-cultivars-croton/

+ http://www.myrokan.com/2013/12/keistimewan-pokok-puding.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1