Pucuk Paku

Pucuk paku adalah salah sejenis ulam yang terkenal di Malaysia. Ia merupakan Pucuk Paku yang biasa dimakan sebagai sayuran ulam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga majoriti penduduk di Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini pada kebiasaannya tidak ditanam tetapi tumbuh secara liar di tepi sungai, tebing yang lembap dan teduh, atau di hutan dan pergunungan. Tanamannya renek dan berumbai, akarnya merayap dan sebahagian besar hidup pada dahan campuran gambut, tanah, pasir dan kerikil.

Ia mempunyai pelepah yang mencapai 1.5 cm panjang, dan pinnae kira-kira 8 cm panjang dan 2 cm lebar. Antara ciri unik lain dari pucuk paku ini adalah pada bahagian hujungnya kelihatan menggulung. Di dalam pucuk paku terdapat komponen gizi yang mampu meningkatkan kekebalan tubuh, mempercepat proses penyembuhan luka, dan turut mencegah penyakit degeneratif. Tumbuhan ini tumbuh secara menaik melalui rizom kira-kira 20 cm tinggi dan bersisik rufus pendek kira-kira 1 cm panjang. Daun yang muda dan belum mekar secara sempurna adalah bahagian yang paling sedap dimakan kerana mempunyai tekstur yang lembut.

Athyrium esculentum

Selain boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak, tumbuhan ini juga terdapat pada hampir di seluruh negara Asia Tenggara. Athyrium esculentum atau dikenali sebagai "Pako" di Filipina dipercayai berkhasiat untuk menyembuhkan luka. Selain panggilan "Pako" di Filipina, pakis, atau paku ikan merupakan nama lain bagi Pucuk Paku. Antara khasiat yang terdapat pada tumbuhan ini adalah seperti berikut:-

  • Pucuk Paku dijadikan sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air besar dan menyejukkan badan.

Artikel berkaitan dengan Pucuk Paku

+ http://www.affnanaquaponics.com/2009/05/pucuk-paku-athyrium-esculentum.html

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Diplazium_esculentum

+ http://www.alfiforever.com/2014/02/dengan-daun-pucuk-paku-atasi-kekurangan.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1