Pokok Bakung

Pokok Bakung menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah yang jarang ditemui pada spesies sama. Herba ini boleh dikenali dengan nama Spider Lily kerana merupakan tumbuhan sejenis bebawang yang ditanam sebagai hiasan landskap. Pokok ini amat sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu, tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air.

Daun pokok Bakung biasanya berwarna hijau yang sekata, mempunyai urat selari dan kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur. Selain itu, daunnya juga berbentuk seperti pedang dengan panjangnya sehingga 1.3 m. Tumbuan herba ini memiliki bunga yang amat cantik berwarna putih dengan lima kelopak, dan tidak ubah seperti labah-labah putih hinggap di celah dahan pepohon. Malah bunganya juga berbau sangat harum. Maka tidak hairanlah, kehadirannya pasti menarik tumpuan mata tetamu yang berkunjung.

Hymenocallis littoralis.

Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga. Pokok Bakung atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis berasal daripada famili Amaryllidaceae. Banyak dijumpai di kawasan tropika dan sub tropika, termasuk di Malaysia dan ada kira-kira 50 spesies pokok ini di dunia. Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat. Berikut adalah amalan tradisional Pokok Bakung yang biasa digunakan:-

  • Bagi merawat sakit sendi, bengkak dan patah tulang daun pokok Bakung perlu dihancurkan terlebih dahulu kemudian ditampal pada tempat yang sakit.
  • Namun bagi sesiapa yang ingin menambah selera makan, boleh minum air rebusan batangnya.

Artikel berkaitan dengan Pokok Bakung

+ http://www.senihias.com/bunga-labah-labah-putih/

+ http://adrydaud.blogspot.my/2010/03/spider-lily-bakung.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1