Pisang Tali

Pisang tali merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditemui  dihutan hujan atau hutan tropika. Bunga yang berbentuk cakar dan memiliki daun yang ringkas, berwarna hijau, dan berbentuk seakan tirus. Oleh kerana ianya mudah tumbuh, tumbuhan pisang tali sering mendapat tempat dikalangan penggemar landskap.  Kebanyakkan pokok pisang tali mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sehingga 5 ke 6 kaki dan mempunyai kelebaran sekitar 3 hingga 6 kaki. Bunganya berwarna kuning. Ia juga memerlukan cahaya matahari penuh untuk tumbuh dengan subur dan mendapat bunga dalam keadaan baik selain memerlukan tanah lembap.

Heliconia rostrata.

Pokok yang mempunyai nama saintifik heliconia rostrata ini merupakan tumbuhan yang berasal daripada keluarga Heliconiaceae dimana ianya mengalami musim berbunga sepanjang tahun. Selain pisang tali antara nama yang popular bagi tumbuhan ini di barat adalah dengan nama sepit ketam. Kebanyakkan tumbuhan ini berasal Amazon. 

Antara kegunaan Pisang Tali dalam perubatan tradisional ialah:

  • Merawat sakit usus, demam kuning, dan darah tinggi dengan meminum rizom yang telah direbus. .

Artikel berkaitan dengan Pisang Tali

+ http://edis.ifas.ufl.edu/fp248

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Heliconia_rostrata

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1