Periuk Kera

Periuk Kera merupakan tumbuhan yang memiliki kelebihan unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menghalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Pada dasar periuk mengandungi pepsin. Pepsin ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Saiz periuk ini ialah hingga 12cm panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih.Tumbuhan yang berasal daripada keluarga Nepenthaceae ini biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya dan membiak melalui pecahan rumpun.  Daun tumbuhan yang warna hijau terang dan berbentuk bujur merupakan antara ciri fizikal untuk mengenalpasti tumbuhan berkenaan.

Nepenthes mirabilis.

Sejak daripada dahulu lagi tumbuhan yang berasal daripada keluarga Nepenthaceae ini digunakan sebagai perubatan tradisional

Antara kegunaan Periuk Kera dalam perubatan tradisional ialah:

  • Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. 
  • Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. 
  • Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin.

Artikel berkaitan dengan Periuk Kera

+ http://adrydaud.blogspot.my/2010/07/periuk-kera.html

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1