Peniti

Pokok Peniti merupakan salah sejenis pokok renek yang tumbuh di Malaysia. Pokok ini mempunyai ketinggian yang mencapai 0.2 m hingga 0.5 m dan kelebaran di antara 0.4 m hingga 0.6 m. Daunnya berwarna hijau, berbentuk oblong (13 cm hingga 30 cm panjang, 3 cm hingga 4 cm lebar). Tambahan pula, daun pokok Peniti tersusun secara roset basal dan bergigi halus di tepinya. Manakala bunganya tumbuh secara berjambak dengan bahagian atas berbentuk kubah (1.2 cm panjang, 0.5 cm lebar). Ianya juga berbunga secara berterusan sepanjang tahun di Asia Tenggara. Buah bagi herba ini berbentuk telur, dan memiliki 1.5 mm panjang.

Eryngium foetidum L.

Eryngium foetidum L. tergolong didalam famili Apiaceae adalah berasal daripada Pulau Carribean. Namun ia juga boleh dijumpai di Asia Tenggara (IndoChina, Malaysia, Indonesia). Berikut merupakan kegunaan pokok Peniti melalui perubatan tradisional:-

  • Pokok Peniti boleh mengubati sakit perut, demam, batuk dan siflis dengan minum air rebusan daun atau seluruh pokok.

Awas: Tepi daun dan hujungnya mungkin tajam, terutama daun yang tumbuh pada tangkai bunga.

Artikel berkaitan dengan Peniti

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=4850

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1