Patawali

Patawali berasal dari India dan kebiasaannya pokok ini mula berbunga pada bulan September. Tumbuhan ini mampu memanjat setinggi 2 m - 15 m. Keseluruhan pokok ini mempunyai rasa pahit dan berkutil. Permukaan batang pokok ini menggerutu apabila telah matang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat kehijauan apabila telah matang. Pada kebiasaanya tumbuhan ini digunakan secara tradisional dalam rawatan batuk, lelah, sakit gigi dan memudahkan bayi bercerai susu.

Bunga pada tumbuhan ini pula memiliki ukuran 7 cm hingga 25 cm, manakala tangkainya berukuran diantara 3.5 cm hingga 4 cm. Daun pokok ini pula berbentuk hati dan bersifat tunggal dimana mempunyai kelebaran 6 cm hingga 13 cm, dan tangkainya 4 cm hingga 16 cm. Hujung daun ini meruncing tajam, permukaan atasnya juga sedikit berkilat dan bahagian tepi daun ini licin. 

Tinospora Crispa.

Patawali juga dikenali sebagai seruntun, brotowali, batang wali dan tergolong didalam keluarga Menispermaceae. Ia boleh dijumpai menjalar di pagar-pagara dan dikawasan rumah yang lama agak terbiar. Tumbuhan ini amat berguna dalam bidang perubatan tradisional; antaranya:

  • Batang pokok ini mampu merawat masalah kecacingan dalam kalangan kanak-kanak. 
  • Dengan meminum air rebusan batangnya boleh merawat sakit perut, demam panas, tekanan darah tinggi,kencing manis, cirit-birit, malaria, tidak selera makan, stress dan diabetes.
  • Air rebusan pokok ini juga boleh mengubati sengal-sengal badan dan sakit pinggang. Ia juga boleh dicampur ke dalam minyak urut.
  • Darah tinggi dan kencing manis dapat dirawat dengan meminum air rebusan batang yang telah dikeringkan.

Artikel berkaitan dengan Patawali

+ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4800188/

+ http://www.amdi.usm.my/patawali-plantdatabase

+ http://www.timunbulat.com/2015/09/herba-daun-patawali-salah-cara-guna.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1