Nyonya Makan Sireh

Pokok Nyonya Makan Sirih merupakan tanaman yang sesuai dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah kerana memiliki bunga yang cantik. Lantas ia mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Tanaman ini bersifat memanjat dan boleh tumbuh mencapai ketinggian antara 2 m hingga 5 m.

Daun herba ini berbentuk oval seperti daun sirih dan ada yang bulat dengan tepi bercangap. Warna bagi bunganya pula berwarna merah bata, merah keunguan, putih atau krim. Ia memiliki kuntum bunga yang berbentuk seolah-olah trompet,bersaiz kecil dan tersusun rapat. Buahnya pula bulat berwarna hijau dan tumbuh antara 2 hingga 4 biji, namun apabila masak warnanya bertukar menjadi coklat hitam. 

Clerodendron thomsonae

Pokok Nyonya Makan Sireh atau nama saintifiknya Clerodendron thomsonae berada di dalam keluarga herba Verbenaceae. Dimana kebiasaanya tumbuhan ini ditemui di Afrika, Cina, India, Sri Langka, Malaysia (Taman Herba Negeri Perak), Indonesia hingga Amerika Selatan. Berikut merupakan khasiat dan kegunaan Nyonya Makan Sireh secara tradisional:-

  • Dengan menumbuk daun dari tumbuhan ini kemudian titiskan air daun yang ditumbuk tadi ke dalam telinga yang terasa sakit.
  • Antara petua bagi membuang toksin dalam badan adalah dengan meminum air rebusan herba Nyonya Makan Sireh.

Artikel berkaitan dengan Nyonya Makan Sireh

+ https://hobi9.wordpress.com/2010/06/20/tanaman-bunga-nona-makan-sirih-merah/

+ http://www.ngasih.com/2014/07/29/nona-makan-sirih-dan-kerabatnya/

+ http://fazlisyam.com/category/nyonya-makan-sireh

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1