Nenas Batu

Nenas Batu merupakan salah satu buah-buahan yang popular di seluruh dunia dan amat hampir dengan semua orang. Malah ianya sejenis tumbuhan yang boleh ditanam dengan mudah sama ada sebagai tumbuhan di dalam bekas atau di kawasan landskap. Ciri fizikal pokok Nenas Batu adalah hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Selain itu, buah nenas batu turut mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.

Ciri-ciri yang terdapat pada Nenas Batu ini adalah daunnya yang panjang, nipis, dan berduri di penghujung dan tepinya. Tumbuhan ini berkemampuan untuk tumbuh mencapai ketinggian antara 3 hingga 4 kaki pada tarikh matang, dengan mempunyai kelebaran hampir 6 kaki. Ia mengambil antara 16 hingga 30 bulan untuk mencapai kematangan dan menghasilkan buah-buahan lazat. Kulit luar bagi Nenas Batu adalah kasar, berduri dan biasanya kuning bertukar oren apabila masak.

Ananas Sp..

Tumbuhan yang berada di dalam keluarga Bromeliaceae ini merupakan herba yang berasal daripada Amerika Selatan dan Amerika Tengah seperti Brazil dan Paraguay. Manakala di Malaysia salah satu tempat Nenas Batu boleh dijumpai adalah di Taman Herba Negeri Herba Perak. Berikut merupakan penggunaan Nenas Batu dalam perubatan tradisional:-

  • Secara umumnya Nenas Batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Malah ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak.
  • Buah Nenas Batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.
  • Bagi yang mempunyai masalah buasir, masalah kencing tidak lawas dan masalah batu karang boleh mengupas kulitnya kemudian makan.

Artikel berkaitan dengan Nenas Batu

+ http://www.quisqualis.com/02pnappjoy.html

+ http://adrydaud.blogspot.my/2010/02/nenas-batu.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1