Mengkuang Hijau

Pokok Mengkuang Hijau merupakan sejenis tumbuhan popular yang sering digunakan di Malaysia dalam pembuatan kraftangan. Ia berada dalam keluarga yang sama dengan Pandan. Lazimnya pokok ini gemar tumbuh di kawasan lembab dan berpaya. Tambahan pula, dalam keadaan yang subur ia boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 50 cm. Antara ciri fizikal yang menarik bagi tumbuhan ini ialah ia memiliki daun yang lurus, berjalur dengan pusat hijau dan ditepinya berwarna kuning cerah. Bunga terhasil dari pokok ini adalah secara berkelompok dan mempunyai warna krim. Tumbuhan ini dibiakkan melalui keratan batang dan rizom.

Pandanus Pygmaeus.

Pandanus Pygmaeus adalah nama saintifik bagi keluarga Pandanus. Ia memerlukan cahaya matahari penuh dan separa penuh untuk tumbuh dengan baik. Tumbuhan ini memerlukan kawasan yang lembap namun kurang baik di kawasan lebih panas kering. Antara kaedah perubatan tradisional bagi pokok Mengkuang Hijau adalah seperti berikut:-

  • Penyakit batu karang boleh dirawat dengan minum air rebusan akar mengkuang hijau.

Artikel berkaitan dengan Mengkuang Hijau

+ http://dgnurseries.com/product/pandanus-pygmaeus/

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=2301

+ http://www.excelsagardens.com

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1