Mempisang

Pokok Mempisang merupakan tumbuhan tempatan yang mempunyai ketinggian sekitar 24 m. Daunnya adalah ringkas dan ditetapkan secara berpasangan di kedua-dua belah batangnya. Uniknya tumbuhan ini ialah ianya memiliki bunga yang berwarna emas dengan kelopaknya sedikit berpusing. Bunga itu kemudiannya secara beransur-ansur berubah dari hijau muda ke lemon kuning, dan menjadi warna keemasan gelap apabila matang. Selain itu, ia mempunyai batang yang tumbuh pendek. Buahnya seperti beri yang tumbuh secara berkelompok membentuk satu buah yang besar. Buahnya disokong oleh tangkainya yang berukuran 4 cm panjang, dan  2.5-3.5 mm diameter.

Goniothalamus sp.

Pokok Mempisang ataupun nama saintifiknya Goniothalamus sp. tergolong dalam famili Annonaceae.

Lazimnya tumbuhan ini boleh di temui di kawasan hutan tanah rendah, semi-paya dan bukit rendah. Antara nama lain yang dikenali bagi tumbuhan Mempisang adalah akau (Sarawak), antoi (Semenanjung Malaysia), manitan (Semenanjung Malaysia), dan pisang-pisang (Semenanjung Malaysia). Kaedah perubatan tradisional Melayu bagi tumbuhan Mempisang adalah seperti berikut:-

  • Minum air rebusan daun atau kulit pokok bagi merawat demam, kencing manis dan menghapuskan cacing dalam perut.
  • Masalah sakit kulit dirawat dengan menampal daun yang dilumat pada tempat berkenaan.

Artikel berkaitan dengan Mempisang

+ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3881350/

+ http://phytokeys.pensoft.net/articles.php?id=4427

+ https://toptropicals.com/html/toptropicals/articles/trees/annonaceae_fragrant.htm

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1