Mali-Mali

Mali-Mali merupakan pokok berkategori renek yang tumbuh secara liar dikawasan semak samun dan belukar kecil di Malaysia. Ia mempunyai ketinggian diantara 2 hingga 4 meter. Manakala mempunyai daun yang berjenis majmuk, berbentuk lonjong dengan lebarnya sekitar 5-7 cm dan panjangnya lebih kurang 15 cm dan mempunyai urat daun yang jelas.

Permukaan luar daunnya berkilat dan mempunyai tepi yang bergerigi. Bunga mali-mali adalah berwarna putih kehijauan , kecil dan tersusun dalam bentuk jambak. Tumbuhan ini membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Leea aculeata.

Mali-Mali ataupun boleh digelar memali  berasal daripada India dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri antaranya: 

  • Minum air rebusan akar dapat menghilangkan rasa rimas, resah selepas bersalin dan menyenangkan tidur.
  • Ubati luka dengan menumbuk beberapa daun memali hingga mengeluarkan air. Kemudian airnya yang agak bergetah disapu pada bahagian yang luka.
  • Masalah batu karang.

Artikel berkaitan dengan Mali-Mali

+ https://www.melur.com/memali/

+ http://www.asianplant.net/Vitaceae/Leea_aculeata.htm

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1