Lukut Lukut

Lukut-Lukut atau nama saintifiknya adalah Salvinia natans merupakan tumbuhan pakis yang terapung didalam air yang mana rupanya kelihatan seakan-akan lumut. Dalam nama lainnya juga ia dipanggil sebagai pakis terapung atau sayap rama-rama air. Ia juga boleh didapati di seluruh dunia yang mempunyai kawasan air yang segar, matahari yang mencukupi dan kawasan suhu yang lembab. Kebiasaannya, Lukut-Lukut ini boleh didapati di negara Afrika, Eropah tengah dan Amerika selatan.

Antara ciri-ciri Lukut-Lukut ini ialah ia mempunyai dua helai daun yang tebal dan berpasangan serta tumbuh sejajar diatas air. Daun yang ketiga yang tumbuh akan bertindak sebagai pelampung atau akar  untuk membolehkan Lukut-Lukut terapung diatas air. Selain itu, daun Lukut-Lukut ini akan membantu dalam melindungi akar daripada mereput. Daun Lukut-Lukut juga mampu membantu menghalang matahari untuk sampai ke permukaan air. Apabila ini terjadi, ini memberi perlindungan kepada ikan-ikan didalam air untuk bertelur. 

Salvinia natans

Lukut-Lukut ini boleh didapati secara meluas dibeberapa buah negara. Di asia, pokok ini boleh didapati di Afganistan, China, Indonesia dan Malaysia. Di benua Afrika pula ia boleh didapati di negara seperti Tunisia dan Algeria .

Dalam perubatan tradisional, ia dapat membantu dalam :

  • Melawaskan pembuangan air kecil yang mana caranya dengan meminum air rebusan Lukut-Lukut. 
  • Selain itu, ia juga mampu untuk membantu merawat luka yang terbakar dengan cara melumatkan daun bersama akar, kering dan campurkan dengan minyak angin dan kemudian disapukan ke tempat yang lupa.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1