Lidah Jin Kuning

Lidah Jin Kuning merupakan sejenis tumbuhan yang popular di Malaysia. Ia mudah dijumpai dikawasan kampung dan sering dijadikan tanaman hiasan kerana mempunyai warna yang menarik. Tambahan pula, Herba Lidah Jin Kuning adalah spesies tumbuhan yang mempunyai penyelenggaraan rendah, mudah untuk berkembang dan disyorkan sebagai tumbuhan dengan sumbangan yang besar dalam meningkatkan kualiti udara di ruang tamu dan ruang kerja. Tumbuhan ini biasanya tumbuh diantara 70 cm hingga 90 cm panjang dan 5 cm hingga 6 cm. Antara ciri fizikal lain yang mudah dilihat bagi Daun Lidah Jin Kuning ialah ia mempunyai jalur kuning di kiri dan kanan dengan pusat yang berwarna hijau gelap dan berjalur kelabu-hijau silang. Daunnya tumbuh menegak dari tanah dan mempunyai daun berbentuk seakan pedang.

Sansevieria trifasciata 'Laurentii'.

Nama saintiik bagi Lidah Jin Kuning adalah Sansevieria trifasciata 'Laurentii' yang dipercayai berasal daripada India, Indonesia dan Africa. Ia termasuk di dalam keluarga Asparagaceae. Disamping itu, ia merupakan tumbuhan menarik untuk ditanam didalam pasu kerana mempunyai daya tahan yang lasak untuk pelbagai keadaan. Pertumbuhan pokok Lidah Jin Kuning adalah agak perlahan dan mampu bertahan selama bertahun-tahun. Lidah Jin memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:-

  • Bagi yang mempunyai masalah batuk, asma dan demam kuning boleh dirawat dengan meminum air rebusan daun dan akar Lidah Jin Kuning.

Artikel berkaitan dengan Lidah Jin Kuning

+ http://www.plantsrescue.com/sansevieria-trifasciata-laurentii/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1