Lemba

Lemba adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang boleh dijumpai dikawasan belukar yang redup dan terlindung dari cahaya matahari. Dipercayai pokok Lemba boleh tumbuh mencapai ketinggian antara 1 hingga 1.5 meter.  Terdapat pelbagai khasiat khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan yang datang dari pokok Lemba. Keseluruhan pokok ini (batang, daun, buah dan akar) boleh digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk meredakan pelbagai jenis penyakit dan penjagaan kesihatan terutama untuk kaum wanita. Ia mempunyai daun yang berwarna hijau dengan tangkai yang keluar dari pangkal rumpun berukuran 50 cm hingga 70 cm panjang dan 15 cm hingga 18 cm lebar. Selain itu, daunnya memiliki jalur-jalur yang licin, mempunyai banyak urat dan menirus hingga hujung. Keseluruhan bilangan helaian daun adalah sekitar 5 hingga 20 helai setiap rumpun bergantung kepada saiz dan umur pokok.

Bunga Lemba lazimnya muncul daripada dasar atau pangkal pokok dimana setiap satunya berwarna kuning, kecil, berbentuk loceng dan berada dalam gugusan. Setiap bunga mempunyai 6 kelopak yang berwarna kuning terang. Sementara itu, Lemba memiliki buah yang manis apabila dimakan. Ianya berbentuk seperti beri berwarna putih dan berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang. Uniknya Lemba apabila dimakan tindakbalas lendir buah Lemba dengan air liur akan memastikan apa sahaja yang masuk mulut akan jadi manis untuk selama 20 minit hingga 40 minit.

Molineria latifolia.

Tumbuhan ini boleh didapati di negara Malaysia (Taman Herba Negeri Perak) dan beberapa negara lain. Pokok Lemba atau nama saitifiknya Molineria latifolia adalah berasal daripada famili Amaryllidaceae. Sebagai tambahan ia juga dipanggil Pokok Lamba, Pinang Puyoh dan juga Nyior Lamber oleh penduduk tempatan. Lazimnya tumbuhan Lemba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi:-

  • Menjadikan daunnya sebagai ulam bagi mengubati masalah kembung perut.
  • Bagi masalah batuk pula, buah Lemba perlu dipilih kemudian disarankan mengunyah bersama sireh.
  • Selain batuk masalah bengkak, luka dan malaria juga boleh dirawat dengan pokok Lemba. Dengan menghancurkan daun kemudian pupuk ia pada tempat yang terasa sakit.

Artikel berkaitan dengan Lemba

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/11/khasiat-lemba.html

+ http://animhosnan.blogspot.my/2015/09/lemba-khasiatnya.html

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=2231

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1