Kucai

Kucai adalah tanaman yang dekat dihati masyarakat Malaysia. Tanaman berumpun ini lazimnya digunakan sebagai salah satu bahan wajib bagi menyediakan suatu masakan. Ia akan mengeluarkan bau yang kuat seakan-akan bebawang atau batang bawah tanah. Daun Kucai tumbuh panjang mencapai antara 20 cm hingga 40 cm dimana ia mengandungi karotena dan vitamin c yang penting untuk kesihatan mata dan badan. Batangnya pula panjang bersambung dengan bebawang pada pangkalnya. Manakala daunnya yang berwarna hijau pula tumbuh panjang di bahagian atas batang.

Kucai dipercayai membantu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi dari sakit jantung, strok dan juga membantu dalam proses mengurangkan lemak badan. Tanaman ini boleh dibiakkan menggunakan bebawang (bulb) yang matang yang disusun di dalam batas tanah sedalam 2 cm hingga 3 cm dalam. Tambahan pula ia adalah tanaman yang mempunyai hayat yang panjang mampu hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijaga dengan baik.

Allium tuberosum.

Kucai atau nama saintifiknya Allium tuberosum berada didalam keluarga Alliaceae / Liliaceae. Nama lain yang sering digunakan bagi tumbuhan ini adalah kucai cina dan ia dipercayai berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan di Malaysia sendiri iaitu antaranya di Taman Herba Negeri Perak.

Untuk perubatan tradisional, Kucai digunakan:-

  • Merawat sakit gigi dirawat dengan mengambil keseluruhan pokok Kucai kemudian tumbuk ia sehingga lumat dan tampal pada gigi yang sakit.
  • Manakala bagi masalah sakit usus dan tumor boleh minum air rebusan keseluruhan pokok Kucai bagi merawat ia.

Artikel berkaitan dengan Kucai

+ http://animhosnan.blogspot.my/2009/12/teknologi-tanaman-kucai.html

+ http://laman-seri.blogspot.my/2012/01/khasiat-kucai.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1