Keladi Ular

Keladi Ular adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar di kebanyakkan hutan hujan. Antara tempat-tempat lain yang menjadi kawasan pertumbuhan bagi Keladi Ular adalah seperti di kawasan hutan paya, belukar, tebing dan lain-lain lagi. Ciri fizikal yang terdapat pada tumbuhan ini ialah ia memiliki bentuk daun seakan-akan anak panah, dimana warna di atas permukaan daun adalah hijau gelap dan permukaan bawah daun pula berwarna hijau atau ungu di ikuti dengan urat yang berwarna putih.

Herba ini berkemampuan untuk tumbuh tinggi mencapai sehingga 150 cm tinggi dengan batang yang menebal di bahagian bawah pokok. Buahnya pula berbentuk bulat dan mempunyai panjang diantara 4 mm hingga 7 mm. Kaedah pembiakan Keladi Ular ini adalah melalui biji benih atau buah-buahan yang dimakan oleh mamalia kecil seperti burung.

Dieffenbachia sp.

Keladi Ular ataupun nama saintifiknya Dieffenbachia sp. merupakan tumbuhan yang berada dalam keluarga Araceae. Dipercayai tumbuhan ini berasal daripada negara-negara Asia seperti China, Thailand, Singapura, Sumatra, Jawa dan Malaysia. Di Malaysia, salah satu tempat yang mempunyai tanaman Keladi Ular ini adalah di Taman Herba Negeri Perak.

Antara kegunaan Keladi Ular di dalam perubatan tradisional:-

  • Minum air rendaman batang pokok Keladi Ular bagi merawat bisa patukan ular.

Artikel berkaitan dengan Keladi Ular

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=1633

+ https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/7013549843

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1