Keladi Bisu

'Dumbcane' atau kebiasaannya dipanggil Keladi Bisu adalah tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman perhiasan. Selain itu, ia juga digunakan didalam bidang perubatan dan lain-lain kegunaan lagi. Tumbuhan ini memiliki ketinggian antara 91.44 cm hingga 304.8 cm dan kelebaran antara 60.96 cm hingga 91.44 cm. Ketinggian bagi tumbuhan Keladi Bisu bergantung kepada saiz pasu atau kawasan tanaman. Keladi Bisu merupakan tumbuhan yang tumbuh secara berkelompok dan mempunyai daun yang berbentuk bujur tegak.

Terdapat beberapa warna daun yang sering dikaitkan dengan pokok Keladi Bisu, umumnya hijau dengan tompok atau krim / putih. Ia boleh dibiakkan dengan batang atau keratan akar dan dibantu dengan suhu yang lembap. Namun ia memerlukan suhu kelembapan yang agak tinggi tetapi juga boleh bertoleransi terhadap kekeringan. Walaubagaimanapun, pokok Keladi Bisu ini beracun dan berbahaya kerana mengandungi kimia bertoksik seperti kristal calsium oxalate dan enzim proteolitik. Teknik pengendalian yang betul diperlukan ketika mengendalikan herba ini.

Dieffenbachia spp.

Keladi Bisu atau nama saintifiknya Dieffenbachia spp. adalah spesis herba yang berasal dari Amerika. Tumbuhan ini tergolong didalam keluarga Araceae. Berikut merupakan kaedah perubatan tradisional bagi tumbuhan Keladi Bisu:-

  • Masalah kulit boleh dirawat dengan menghancurkan hingga lumat daun Keladi Bisu kemudian letakkan ia pada tempat yang sakit.

Artikel berkaitan dengan Keladi Bisu

+ http://www.missouribotanicalgarden.org/PlantFinder/PlantFinderDetails.aspx?kempercode=b589

+ http://www.ourhouseplants.com/plants/dieffenbachia

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1