Hempedu Beruang

Tumbuhan renek ini merupakan tumbuhan liar dihutan. Ia amat mudah dijumpai di hutan hujan tropika seperti di Malaysia. Hempedu Bumi ini tumbuh secara meliar di hutan, mahupun di tanah pamah hingga ke hutan bukit sehingga mencecah ketinggian 600 m dari paras laut. Pada kebiasaannya ia boleh tumbuh setinggi 1 m namun mampu tumbuh setinggi 3 m dalam sesetengah keadaan. Di Malaysia, didapati tanaman ini banyak ditanam di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Biarpun begitu, ia memerlukan naungan dan keadaan tanah yang lembap untuk tumbuh dengan baik. Daunnya bersifat tunggal dan berbentuk lonjong atau bujur telur, berukuran 15 cm hingga 30 cm panjang, mempunyai kelebaran antara 9 cm hingga 20 cm permukaan atas daun agak kasar, namun permukaan di bawahnya pula berbulu dan liat. 

Tambahan pula, ia tumbuh secara berumpun disamping mempunyai batang bawah tanah yang bercabang lantas menghasilkan batang yang tumbuh secara tegak. Bunganya pula tumbuh dalam jambak bunga yang keluar berjuntai sepanjang 5 cm hingga 12.5 cm. Terdapat beberapa warna yang ada pada bunga Hempedu Beruang antaranya berwarna putih atau ungu kemerah-merahan diikuti urat daun yang berjalin jelas kelihatan, berbulu dan berbunga sepanjang tahun. Selain itu, pokok Hempedu Beruang juga terdapat buah jenis kapsul berbentuk tirus, bersaiz 10 cm hingga 15 cm panjangnya. Herba ini boleh dibiak melalui keratan batang dan biji benih. 

Thottea grandiflora.

Tumbuhan renek dari famili aristolochiaciae ini juga dikenali dengan nama seburut,Seburut, Kerubut, Semubut, Telinga Kalawar,Tampunek Gajah, Seperuit, Daun Lanjut atau purple Thottea mudah dijumpai di hutan hujan tropika seperti yang terdapat di malaysia Semenanjung Malaysia, Myanmar, Singapura.Walaupun begitu, dilaporkan tumbuhan ini termasuk antara kelompok tumbuhan yang terancam di Malaysia. Berikut merupakan kegunaan pokok Hempedu Bumi dalam perubatan tradisional:- 

  • Cara merawat cirit birit dan asma secara perubatan tradisional adalah apabila ubinya dijadikan ramuan ubat periuk.

Artikel berkaitan dengan Hempedu Beruang

+ https://wannura.wordpress.com/2010/02/05/hempedu-beruang-purple-thottea-thottea-grandiflora/

+ http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?topic=1047.0

+ https://books.google.com.my/books?id=WKxhDUusepQC&pg=PA69&lpg=PA69&dq=hempedu+beruang+thottea&source=bl&ots=idE1wVtgfa&sig=vr1LV8Kd-arY8GUrKEuY7UQMEl8&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=hempedu%20beruang%20thottea&f=false

+ http://sitifuziahyusof.blogspot.my/2016/04/seburut-thottea-grandiflora-rottb-yang.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1