Ekor Naga

Pokok Ekor Naga sejenis tumbuhan yang menjalar dan memanjat. Tumbuhan itu boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian antara 5 m hingga 15 m, memanjang bulat dan di dalamnya berongga. Daunnya berbentuk bulat namun memanjang, daun berbagi-bagi, mempunyai toreh, dalamnya melebihi setengah panjang tulang daun yang berjumlah 7-12, dan hujun daun meruncing. Batangnya bulat dan mempunyai akar pelekat dan akar gantung yang panjang bergantungan seperti ular melilit pokok. Tumbuhan ini sering digunakan untuk rawatan kanser payudara.

Rhaphidophora pinnata schott.

Araceae merupakan keluarga bagi pokok ekor naga. Tumbuhan ini berasal daripada Himalaya sampai Australia dan Pasifik. Di Filipina pokok ekor naga ini dikenali sebagai Tagalog atau tibatib. Antara khasiat yang terkandung didalam pokok ekor naga ini adalah: 

  • Merawat penyakit barah dengan merebus daun bersama 5 gelas air sehingga menjadi 3 gelas kemudian minum air rebusan ketika masih suam.
  • Manakala getahnya boleh digunakan untuk merawat gigitan ular.
  • Minum air rebusan daripada batang utuk melegakan patah tulang, sendi yang bermasalah.

Artikel berkaitan dengan Ekor Naga

+ http://www.scirp.org/journal/PaperInformation.aspx?paperID=35670

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Epipremnum_pinnatum

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1