Deras Malam

Deras Malam merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan terutamanya di kawasan yang memiliki pencahayaan yang sederhana dan lembap tanahnya. Kebiasaannya Deras Malam boleh dijumpai pada lokasi yang berumput, sama ada di tepi jalan, semak, kadang-kadang dalam kawasan yang ditinggalkan. Herba ini boleh tumbuh dan membesar mencapai ketinggian sehingga 50 cm dengan terdapat bulu halus pada batangnya. Daun bagi Deras Malam adalah secara keseluruhan, disusun bertentangan, dan berbentuk bujur ovat mencapai 1.4 cm hingga 4 cm panjang dan 0.8 cm hingga 2 cm lebar. Bahagian yang biasa digunakan sebagai herba penawar penyakit adalah daunnya. Daun yang telah dikeringkan ditumbuk halus hingga menjadi serbuk. Kemudian dicampurkan air suam untuk diminum bagi memecahkan batu karang buah pinggang.

Ruellia repens.

Deras Malam atau Ruellia repens merupakan famili bagi Acanthaceae. Ia tersebar luas di India, Burma (Myanmar), Indo-China, Selatan China, Taiwan, Thailand dan di seluruh rantau Malaysia. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai panggilan bagi pokok ini di seluruh dunia. Seperti diketahui di Malaysia, tumbuhan ini juga dikenali sebagai akar keremak atau rumput halyor manakala di Indonesia pula ia pula dipanggil Plinten, remah, sekatan dan di Thailand tumbuhan ini dikenali sebagai Chaa horn, faa maeng. Antara kegunaan Deras Malam didalam perubatan tradisional adalah seperti berikut:-

  • Ambil keseluruhan pokok Deras malam kemudian gosokkan ia pada orang yang kuat berpeluh dan juga kanak-kanak yang kegelisahan waktu malam.
  • Bagi masalah bengkak kaki dan sakit gigi ambil daun ini kemudian tumbuk lumat ia dan tampal di tempat yang sakit.

Artikel berkaitan dengan Deras Malam

+ http://globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105233:ruellia-repens-l-r&catid=286&Itemid=357

+ https://wannura.wordpress.com/2010/12/17/deras-malam-dipteracanthus-repens-l-hassk-pecahkan-batu-karang/

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=3339

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1