Ceraka

Pokok Ceraka adalah antara tumbuhan menjalar dan melingkar yang terkenal di Malaysia untuk dijadikan pokok hiasan dirumah. Tumbuhan ceraka ini mempunyai batang bulat dan licin yang berwarna hijau dan boleh memanjat sampai pada ketinggian 2 meter - 5 meter. Manakala daun bagi pokok Ceraka berada dalam keadaan yang bersilang-silang dan mempunyai hujung yang runcing dan rata. 

Daun ini dipercayai boleh menjarakkan anak sekiranya dikunyah. Sehubungan dengan itu, ramai yang mempercayai daun Ceraka boleh mengubati radang sendi terutama bagi penghidap penyakit reumatik iaitu sakit sendi. Selain daunnya, pokok Ceraka juga terdapat bunga yang berbentuk corong dan berwarna putih keungguan. Buahnya pula bersaiz kecil dan berwarna hijau muda ketika muda, kemudian bertukar warna kehitaman apabila tua. Namun begitu, akar Ceraka dikatakan beracun kerana boleh mengakibatkan keguguran. 

Plumbago zeylanica.

Tumbuhan yang mempunyai nama saintifik Plumbago zeylanica ini digelar Daun Jarak. Pokok yang dipercayai berasal dari keluarga Plumbaginaceae ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan ianya mudah ditanam di tanah lembap, baik di dataran rendah atau tinggi. Khasiat yang terdapat di dalam pokok ini adalah:-

  • Bagi merawat penyakit gatal dan sakit kulit perlu hancurkan terlebih dahulu daun dan akarnya kemudian tampalkan ia di tempat yang sakit.
  • Tumbuhan ini juga boleh merawat sakit kepala dengan tampalkan daun yang dihancurkan pada kepala.

Artikel berkaitan dengan Ceraka

+ http://fazlisyam.com/category/ceraka

+ http://fazlisyam.com/2008/04/pokok-ceraka/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1