Cekur Merah

Cekur Merah merupakan sejenis tumbuhan kecil renek yang tumbuh menjalar di atas tanah dan mempunyai hanya 2 hingga 7 helai daun. Ia adalah sejenis herba daripada keluarga halia. Tumbuhan ini mudah didapati di kawasan kampung dimana suri rumah menanamnya untuk digunakan sebagai bahan masakan. Daunnya licin, bujur, berwarna perang, hujung daunnya runcing  hampir 16 cm panjang dan 8 cm lebar dan mengeluarkan bunga yang berwarna merah. Seperti yang umum ketahui, tumbuhan ini merupakan keluarga halia membuatkan ianya juga dibiakkan melalui rizomnya.

Kaempferia galanga sp..

Zingiberaceae adalah keluarga bagi Cekur Merah atau nama saintifiknya Kaempferia galanga sp. Di Indonesia ianya di gelar Kencur. Namun begitu, ia boleh dijumpai di kawasan terbuka seperti diselatan China, Taiwan, Kemboja dan India, tetapi juga ditanam secara meluas di seluruh Asia Tenggara. Berikut kegunaan Cekur Merah dari segi perubatan tradisional:-

  • Makan keseluruhan pokok sebagai ulam bagi merawat masalah sakit tekak, demam dan sakit tulang.
  • Masalah bengkak boleh dirawat dengan menampal daun yang dihancurkan pada tempat yang bengkak.
  • Merawat sakit mata menggunakan titisan air dari daun.
  • Bagi mencegah keguguran sapukan ke perut perahan air cekur, daun dedap dan gandarusa.

Artikel berkaitan dengan Cekur Merah

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-herba-cekur.html

+ http://linaherbs.blogspot.my/2008/07/cekur.html

+ http://adrydaud.blogspot.my/2010_06_01_archive.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1