Cekur Manis

Cekur Manis merupakan tumbuhan renek yang banyak tumbuh di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia boleh dikenali melalui batang yang lurus tegak dan boleh mencapai ketinggian kira-kira 3 meter. Daunnya pula tumbuh secara berselang-seli, berwarna hijau tua dan mempunyai kelebaran antara 1 hingga 2 cm lebar, berdiameter 2-5 cm dan berbentuk bujur/oblong. Pada kebiasaanya, ia dijadikan sayur dalam masakan dan juga sering diambil dan di peram/jeruk untuk dijadikan bahan masakan yang menyelerakan. Cekur manis mudah dibiakkan melalui keratan batang yang berkayu keras dan memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organik yang tinggi.

Sauropus androgynus.

Cekur manis kaya dengan karbohidrat, lemak, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C. Cekur Manis atau nama saintifiknya sauropus androgynus tergolong didalam keluarga Phyllanthaceae. Tambahan pula herba ini juga digelar sayur pucuk manis atau asin asin dan mempunyai pelbagai khasiat menarik dalam kaedah perubatan tradisional.

  • Untuk membanyakkan susu, dan memulihkan rahim, seluruh bahagian pokok perlu dimasak terlebih dahulu kemudian makan.
  • Minum air rebusan pokok bagi merawat demam panas, pening, pitam dan darah tinggi.
  • Hidung berdarah dan penyakit puru boleh meminum air rebusan daun dan akar.
  • Bagi melancarkan pembuangan air besar, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.

Artikel berkaitan dengan Cekur Manis

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-herba-cekur-manis.html

+ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_03.htm

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_cekur_manis

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1