Cekak Manis Gajah

Cekak Manis Gajah adalah tumbuhan renek yang tumbuh di beberapa daerah tropika sebagai sayuran daun. Tumbuhan ini boleh tumbuh mencapai setinggi 1 m serta memiliki daun yang majmuk, berselang seli dan tepi daunnya bergerigi. Selain daripada itu, sifat fizikal daunnya adalah berbentuk bujur, berwarna hijau gelap dan mempunyai kepanjangan antara 5 cm hingga 6 cm. Ianya merupakan herba yang terkenal bagi ibu yang baru lepas bersalin dan sering digunakan dalam masakan.

Sauropus androgynus Merr.

Sauropus androgynus Merr. merupakan tumbuhan yang tergolong di dalam keluarga Phyllanthaceae. Di negara China, Cekak Manis Gajah dipanggil Mani Cai, manakala dalam bahasa Jepun pula ia dipanggil Amame Shiba dan herba ini juga dikenali sebagai katuk, sayur manis, atau asin-asin di dalam bahasa Melayu. Ia antara pokok yang popular di Asia Tenggara terutamanya di India dan Malaysia seperti yang di Taman Herba Negeri Perak. Antara kegunaan dan kaedah yang sering digunakan melalui perubatan tradisional adalah:-

  • Akar tumbuhan ini digiling bersama beras dan ibu kunyit kemudian ditampal pada bahagian rahim bagi merawat barah rahim.
  • Bagi menjarangkan anak, minum segelas air rebusan akar dan batang pagi dan petang.
  • Rawatan bagi penyakit seriawan ialah dengan daunnya dilumat, diperah kemudian dicampur dengan santan kelapa dan sapu.

Artikel berkaitan dengan Cekak Manis Gajah

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=2427

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Sauropus_androgynus

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1