Bunga Tiga Bulan

Tumbuhan renek ini tumbuh secara meluas dikebanyakkan negara yang mempunyai pelbagai iklim. Bunga Tiga Bulan pada kebiasaannya tumbuh setinggi 1.3 cm. Ia mempunyai daun berbentuk berlawanan, ovoid-tirus ringkas, 7 cm -20 cm panjang, dengan tepi bergigi kasar. Manakala bunganya pula berwarna putih, biru, ungu atau merah muda bergantung kepada pH tanah.

Kawasan tanah tinggi merupakan tempat yang sesuai bagi Bunga Siti Zubaidah hidup. Suhunya yang tidak terlalu panas memudahkan hydrangea berbunga dengan saiz lebih besar berbanding di kawasan tanah rendah. Namun begitu, flora dari kelompok keluarga Hydrangeaceae ini sebahagiannya bersifat menjalar. Ia juga mempunyai batang yang banyak serta hidup merimbun.

Hydrangea macrophylla.

Siti Zubaidah adalah gelaran lain bagi Bunga Tiga Bulan di Malaysia. Dimana gelaran ini diberi kerana bunga ini mengambil masa tiga bulan untuk kembang mekar. Hydrangea macrophylla adalah nama saintifik bagi pokok Bunga Tiga Bulan. Dipercayai pokok ini berasal daripada Jepun dan tergolong di dalam keluarga Hydrangea.

  • Rawatan malaria melalui perubatan tradisional adalah dengan merebus akar atau daun yang kering dengan air kemudian minum.
  • Dengan meminum air rebusan bunga kering, ia dapat merawat sakit jantung dengan kaedah tradisional.

Artikel berkaitan dengan Bunga Tiga Bulan

+ http://www.sentiasapanas.com/2015/04/bunga-siti-zubaidah-tumbuhan-yang-pelik.html#axzz4VNxaXUTu

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Tiga_Bulan

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1