Bunga Tapak Kuda

Tapak Kuda merupakan pokok berbunga dan berkayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Antara ciri yang terdapat pada tumbuhan ini ialah ia mempunyai daun berwarna hijau gelap yang tersusun secara berselang seli di sepanjang batangnya. Daunnya berbentuk ovate atau elips serta mempunyai 3 urat menonjol dari pangkal ke puncak daun. Batangnya pula adalah jenis menjalar dan memerlukan sokongan untuk pertumbuhannya. Ia boleh memanjat mencapai ketinggian kira-kira 10-15 kaki di kawasan taman, namun dikawasan hutan liar ia mampu memanjat lebih tinggi lagi mencecah sehingga 40 kaki atau lebih. Bunga Tapak Kuda dikenali dengan bunganya yang berwarna oren terang dan cantik. Disebabkan ciri-ciri unik yang terdapat pada bunganya dapat menarik perhatian sesiapapun walaupun dari jauh. Tumbuhan ini tumbuh dengan mekar secara berkelompok dan tumbuh di sepanjang tahun. Tumbuhan ini diketahui umum bahawa ianya membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Bauhinia Kockinia.

Pokok Tapak Kuda atau dikenali dengan nama saintiknya Bauhinia Kockinia adalah daripada keluarga Fabaceae / Leguminosae. Dipercayai tanaman ini tersebar luas di seluruh dunia seperti Brunei, Indonesia, Kalimantan dan diantaranya adalah sekitar kawasan tropika termasuk Malaysia dan salah satunya di Taman Herba Negeri Perak. Secara tradisionalnya, dalam ada Melayu bunga Tapak Kuda digunakan bagi merawat:-

  • Sebarang masalah bisul boleh dirawat dengan menampal daun yang telah diramas pada tempat yg terkena bisul.
  • Bagi meredakan panas badan, hancurkan daun kemudian letakkan ia di kepala.
  • Ramas daun dalam air panas bersama daun bawang tanah dan daun pisang batu kemudian sapukan pada bahagian lutut atau sendi yang sakit.

Artikel berkaitan dengan Tapak Kuda

+ http://www.jaycjayc.com/bauhinia-kockiana-vine/

+ https://chingchailah.blogspot.my/2015/06/growing-bauhinia-kockiana-in-my-garden.html

+ https://plantingforsuccess.wordpress.com/2011/01/30/bauhinia-kockiana/

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/Special-Pages/plant-detail.aspx?id=1324

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1