Bawang Tanah

Bawang Tanah juga boleh dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Hippeastrum reticulatum. Pokok jenis hippeastrum ini mempunyai hampir 90 spesis dan lebih daripada 600 genetik tumbuhan. 

Pada kebiasaannya, Bawang Tanah mempunyai ubi yang besar dan mempunyai daun yang tinggi, lebar, berwarna hijau dan bunganya besar berwarna merah ataupun ungu. Cara penjagaannya cukup mudah kerana ia hanya memerlukan jumlah air yang sedikit dan tidak perlu disiram selalu. Ia hanya perlu dipastikan bahawa tanah yang ditanam berada dalam keadaan lembab. Bawang Tanah ini tidak boleh didedahkan dengan sinaran matahari yang penuh kepada pokok kerana dibimbangi pokok tersebut kering dan mati.

Justeru itu, bagi memastikan Bawang Tanah menghasilkan bunga yang cantik, pucuknya yang telah mati perlu dibuang dan mengurangkan kadar penyiraman air pada tumbuhan tersebut. Ubi Bawang Tanah menyimpan dan mengandungi khasiat untuk pokok tersebut, ia tidak perlu dipindahkan sehingga ubi tersebut benar-benar sudah kering. 

Hippeastrum reticulatum.

Antara kaedah perubatan tradisional menggunakan Bawang Tanah ini adalah:-

  • Ubi ataupun isi bawang perlulah diambil, dilumatkan dan kemudiannya ia perlulah ditampal pada tempat yang luka.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1