Ara Songsang

Ara Songsang atau juga dikenali sebagai Rumput Israel, Seri Pagi antara tumbuhan yang boleh di temui ditepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Daunnya nipis seperti kangkung, urat daunnya berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Mempunyai batang yang lembut, berwarna hitam, dan berair. Antara sifat yang boleh ditemui pada Ara Songsang adalah menjalar dan menguasai tumbuhan yang berada disekitanya.

Bunganya berwarna putih, biasanya keluar melalui tangkainya yang panjang menunjuk ke udara dan tidak berbau. Bagi mereka yang menghadapi masalah tidak lawas kencing, akar bunganya hendaklah direbus sampai mendidih hingga tinggal satu pertiga airnya kemudian diminum. Selain merawat masalah kencing yang tidak lawas, ia juga dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri. Malah tumbuhan ini juga boleh dijadi ubat-ubatan dalam perubatan tradisional.

Asystasia gangetica

Ara Songsang, juga dikenali sebagai dalam nama saintifik Asystasia gangetica merupakan pokok yang tumbuh di sekitar selatan dan tengah Johor dahulunya tetapi telah merebak ke Negeri Sembilan, Selangor, Barat Pahang, Kedah dan Kelantan. Asystasia gangetica tergolong didalam keluarga Acanthaceae dan sering dianggap sebagai rumpai, perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia. Berikut antara kaedah tradisional Ara Songsang digunakan:-

  • Masalah melawas air kecil boleh dirawat dengan meminum air dari rebusan pucuk.
  • Selain dari itu, daun yang tumbuk lumat boleh dijadikan ubat luka dan bengkak.
  • Mengunyah akar ara songsang bersama pinang untuk merawat masalah batuk.
  • Daunnya juga apabila dilumatkan dicampur bawang merah dikatakan boleh dijadikan ubat pupuk bagi melegakan bisa-bisa tulang dan sakit kejang otot dengan menampalnya di bahagian yang menderita sakit.
  • Jus dari daun digunakan untuk merawat mata kabur.

Artikel berkaitan dengan Ara Songsang

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Ara_Songsang

+ https://books.google.com.my/books?id=DxTYCgAAQBAJ&pg=PA40&lpg=PA40&dq=ara+songsang+Asystasia+coromandeliana&source=bl&ots=UW0YTuorUl&sig=QzWEClB1KKkGdLGmY5RKhXmDiD8&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=ara%20songsang%20Asystasia%20coromandeliana&f=false

+ https://wannura.wordpress.com/2010/02/27/ara-songsang-asystasia-gangetica-merawat-mata-kabur/

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1