Agav Amerika

Agav Amerika adalah sejenis pokok yang biasanya ditanam di kawasan perumahan sebagai pokok hiasan. Ia merupakan tumbuhan herba yang mudah dikenali kerana mempunyai ciri-ciri fizikalnya yang unik. Antara ciri-ciri yang membuatkannya mudah dikenali adalah daunnya berbentuk mata lembing, manakala di bahagian tepi daun terdapat duri-duri dan mempunyai kepanjangan antara 1 m hingga 2 m dan 15 cm - 20 cm lebar. 

Setiap satu daripada daunnya mempunyai kepanjangan yang berbeza bergantung aras perkembangan bunga. Warna bagi permukaan daun Agave Amerika lazimnya berwarna hijau kelabu serta jalur kuning di tengah dan di tepi daunnya. Selain memiliki daun yang unik, kelumpang telur atau Agave Amerika turut memiliki bunga yang berwarna hijau-kekuningan serta putih disekitar tangkainya. Tangkai bagi bunganya boleh tumbuh mencapai sehingga 2.5 m tinggi.

Agave angustifolia marginata.

Agave Amerika ataupun nama saintifiknya Agave angustifolia marginata tergolong didalam keluarga Agavaceae (Agaves). Mexico atau Amerika Utara adalah antara habitat asal bagi tumbuhan ini. Walaupun sering dijadikan tanaman perhiasan, ia juga merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai fungsi dalam perubatan tradisional. 

  • Rawatan bagi masalah sifilis dan kencing tidak lawas boleh dirawat dengan meminum air rebusan akar Agave Amerika.
  • Ambil cecair daripada pokok Agave dan minum ia bagi melawas buang air besar dan air kecil.
  • Tumbuk umbut sehingga lumat dan pupuk ia bagi rawat masalah demam panas.

Artikel berkaitan dengan Agav Amerika

+ http://www.cactus-art.biz/schede/AGAVE/Agave_angustifolia/Agave_angustifolia_marginata/Agave_angustifolia_marginata.htm

+ https://wannura.wordpress.com/2010/03/07/kelumpang-telur-agave-angustifolia-yang-diminati/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1