Galeri: Penggambaran Rancangan Dokumentari Herba 'Solusi Alam'

12 November 2016 - Taman Herba Negeri Perak amat berbesar hati apabila menerima kunjungan daripada pihak RTM dan Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Jabatan Pertanian Negeri Perak - En Mohd Zulkifli B. Yaacob. Lokasi penggambaran Rancangan Dokumentari Herba 'Solusi Alam' telah dijalankan di Laman Warisan 2 dan di sekitar Taman Herba Negeri Perak. Penggambaran dokumentari tersebut telah berjalan selama 2 hari. 

Ia merupakan sebuah kerjasama antara pihak RTM dan pihak Jabatan Pertanian Negeri Perak (Taman Herba Negeri Perak) untuk menghasilkan rancangan dokumentari yang diharapkan memberi pendedahan kepada penonton tentang kepentingan penggunaan herba dalam kehidupan seharian kita.