Galeri: Majlis Perkahwinan 16 Julai 2016

IPOH 16 Julai - Taman Herba Negeri Perak diserikan dengan berlangsungnya majlis perkahwinan dalam taman. Taman Herba yang asalnya bekas lombong itu telah di naik taraf beberapa kali semenjak 1967 itu sebelum ini kurang mendapat perhatian dikhayalak ramai.

Kewujudannya semakin dikenali selari dengan pembangunan bandar-bandar berdekatan, Simpang Pulai dan Gopeng, selain daripada pembinaan RTC Simpang Pulai yang digabungkan dengan RnR Simpang Pulai. 

"Kami amat berbesar hati dengan penjenamaan semula Taman Herba Negeri Perak. Bukan sahaja menarik minat orang awam tentang herba di taman, malah pelbagai aktiviti dan juga kemudahan dapat diakses dengan mudah" kata Pn. Nasihah, selaku Pengurus Taman Herba Negeri Perak.

Selain karnival dan majlis keraian, sukaneka, hari keluarga dan yang terbaru majlis perkahwinan juga menjadi tumpuan untuk  sewaan tapak di taman.

Untuk menyewa tapak atau kemudahan, anda boleh hubungi pejabat Taman Herba Negeri Perak: 05-357 2290

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1