Terma & Syarat Peraduan Kenali Herba

TERMA DAN SYARAT

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan Kenali Herba ini. Dengan menyertai, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ini. Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

1. MAKLUMAT PERADUAN

Peraduan ‘Kenali Herba – Taman Herba Negeri Perak (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Taman Herba Negeri Perak (“Penganjur”). Peraduan Siri 1 ini bermula pada 1 Mei 2016 dan berakhir pada 14 Mei 2016 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan menurut budi bicaranya, sekiranya ia tidak menerima bilangan penyertaan yang sah yang mencukupi atau sekiranya Peraduan ini tidak dapat diteruskan atas sebab apa sekalipun atau atas sebab-sebab lain menurut Terma dan Syarat Peraduan ini.

2. KELAYAKAN

Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah (“Peserta”). Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan dikehendaki untuk mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka, apabila diminta oleh Penganjur. 

3. KAEDAH & LANGKAH-LANGKAH PERADUAN

4. HADIAH-HADIAH PEMENANG & PENEBUSAN HADIAH bagi Siri: 1-2016

1. Hadiah-hadiah Peraduan:

Buku Koleksi Herba di Taman Herba Negeri Perak + T shirt Limited edition x 3

T shirt Limited edition x 3

2 Tiket Percuma + Baucer bernilai RM20 X 5  

Sekiranya Pemenang mencalonkan wakil untuk menebus hadiah-hadiah tersebut bagi pihak mereka, wakil tersebut perlu membawa bersama surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, salinan bukti identiti Pemenang, dan bukti identiti wakil tersebut. Sekiranya Pemenang atau wakilnya tidak dapat menuntut hadiah-hadiah tersebut dalam masa 30 hari, Pemenang akan disingkirkan secara automatik. Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah tersebut atau memberikannya kepada Peserta/Pemenang lain.

5. HAK-HAK PENGANJUR

i. Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama-nama, foto-foto, gambar-gambar dan/atau video-video yang dihantar oleh Peserta/Pemenang atau yang berkenaan Peserta/Pemenang untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan publisiti, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak layak untuk menuntut hak milik atau sebarang pampasan lain untuk bahan-bahan tersebut.

ii. Sekiranya atas apa-apa sebab sekalipun Peraduan ini tidak dapat diteruskan sebagaimana yang dirancang kerana apa-apa sebab yang tidak terhad kepada jangkitan virus computer, pepijat, pengacauan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab lain di luar kuasa Penganjur yang merosakkan atau mengganggu penyeliaan, keselamatan, keadilan, kewibawaan, atau kelakuan wajar Peraduan ini, penganjur berhak, atas budi bicaranya, untuk menyingkirkan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan, dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah, atau menggantung Peraduan ini. Sekiranya Penganjur memilih untuk membatalkan atau menamatkan Peraduan ini, Penganjur tidak akan memegang mana-mana hak cipta dalam mana-mana penyertaan.

iii. Penganjur berhak, menurut budi bicaranya, untuk menyingkirkan atau melucutkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang dianggap (menurut budi bicara Penganjur) kurang senonoh atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau dianggap atau disyaki menipu/menggodam/mengganggu proses penyertaan Peraduan ini, operasi Peraduan ini atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti-aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan ini, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan.

iv.        Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa menurut budi bicaranya tanpa memberi notis terdahulu.

6. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

i.  Kecuali disebutkan selainnya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau apa sahaja perbelanjaan lain yang ditanggung oleh para Peserta berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan penyertaan, melibatkan diri dalam atau menerima apa sahaja faedah atau hadiah daripada Peraduan ini) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya, dan Penganjur, sekutunya, ejen sah atau agensi terlibat tidak bertanggungjawab atas kos-kos/caj-caj/yuran-yuran/perbelanjaan-perbelanjaan ini. 

ii. Penganjur, sekutu-sekutunya, pihak ketiga yang sah dan agensi-agensi terlibat tidak bertanggungjawab untuk penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat semasa penghantaran, atau disebabkan keralatan komputer, IT atau teknologi. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan penyertaannya mematuhi semua terma dan syarat Peraduain ini, peraturan Peraduan ini dan penyertaannya sampai ke Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

iii. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk membebaskan, melepaskan, dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, sekutu-sekutu dan agensi-agensinya, serta para kakitangan, pegawai, pengarah, dan wakilnya daripada sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan berpunca daripada atau berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang keralatan dalam pengiraan sebarang transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan dalam mana-mana system komputer atau peralatan), sebarang aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau pemilikan sebarang hadiah yang diberikan. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

7. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Peraduan ini dan Terma dan Syaratnya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia, dan setiap peserta bersetuju untuk menyerahkan sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia.

8. NOTIS PRIVASI & PERSETUJUAN

Maklumat peribadi anda, termasuk tanpa had kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau bagi proses penebusan hadiah dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian (secara kolektif, "Tujuan"). Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, syarikat penghantaran/ POS Malaysia, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia (atas talian), atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan .

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1