Galeri: Lawatan Sambil Belajar Kanak-Kanak Tadika Alam Didikan Ihsan, Gunung Rapat

25 Mei 2016 - Taman Herba Negeri Perak menerima lawatan yang istimewa dari kanak-kanak Tadika Alam Didikan Insan, Gunung Rapat. Seramai 106 orang kanak-kanak diiringi guru telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan tersebut bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut mengenali tumbuhan-tumbuhan yang ditanam selain memberi pengalaman unik kepada mereka.

Kesemua mereka telah dibawa menaiki trem mengelilingi taman, dimana mereka dapat melihat pemandangan dan merasa suasana hutan disamping diberi pengenalan kepada setiap pokok herba yang terdapat disitu yang pastinya memberi pengalaman baru kepada mereka.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1