Galeri: Lawatan Sambil Belajar Pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Teluk Intan

30 Ogos 2016 - Seramai 21 orang pelajar dengan diiringi 12 orang guru pengiring telah membuat lawatan sambil belajar ke Taman Herba Negeri Perak. Kesemua mereka merupakan pelajar dan guru daripada Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Seri Intan,Teluk Intan. Objektif daripada lawatan ini adalah ingin memupuk rasa sayang kepada alam sekitar, selain memperkenal pelbagai jenis tumbuhan herba yang terdapat di dalam Taman Herba Negeri Perak.

Mereka dibawa menaiki trem mengililingi sekitar taman tersebut. Walaupun cuaca lembap namun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus melawat tempat-tempat menarik yang ada di dalam Taman Herba Negeri Perak.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1