Galeri: Lawatan Persatuan Yoga Pulau Pinang

IPOH 6 Ogos - Taman Herba Negeri Perak menerima kunjungan seramai 39 orang pelawat yang terdiri daripada ahli Persatuan Yoga Pulau Pinang. Melalui lawatan tersebut, mereka diberi pendedahan tentang pelbagai potensi dan kepentingan tanaman herba selain membawa peserta mengenal dengan lebih dekat koleksi herba di Taman Herba Negeri Perak.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa menerima kunjungan peserta adalah lawatan mengelilingi Taman Herba menaiki trem agar dapat mengenali pokok herba dengan lebih dekat, membeli anak pokok herba dan mengetahui antara produk -produk hiliran herba keluaran usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1