Galeri: Lawatan Majlis Pengarah-pengarah Perpustakan Awam SeMalaysia

IPOH 27 Mei - Mesyuarat Majlis Pengarah-pengarah Perpustakan Awam SeMalaysia diakhiri dengan lawatan ke Taman Herba Negeri Perak di Simpang Pulai. 

Lawatan seramai 30 orang itu bertujuan untuk memberi pendedahan tentang potensi tanaman herba di negeri Perak. Selain daripada lawatan ke laman-laman tanaman herba, lawatan ke seluruh taman juga dijalankan dengan kemudahan trem yang disediakan di taman tersebut.

Tambahan pula, penyampaian mengenai herba daripada pihak Jabatan Pertanian juga dilakukan selari dengan objektif lawatan iaitu memperkenalkan Taman Herba Negeri Perak sebagai Pusat Rujukan Akademik khususnya dalam penulisan dan penerbitan buku-buku berkaitan herba.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1