Plak Perasmian

Bagi anda yang pertama kali berkunjung ke Taman Herba Negeri Perak, satu mercutanda yang perlu anda lihat dan mengambil gambar kenangan di sini adalah Plak Perasmian. Berada di tengah-tengah bulatan di persimpangan jalan menuju ke Laman Warisan, Plak Perasmian adalah tapak bersejarah bagi Taman Herba Negeri Perak dimana pada 18 Jun 2009 Sultan Perak yang ke-34 iaitu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan dan mencemar duli bagi merasmikan Taman Herba Negeri Perak.

Almarhum Baginda Sultan pada ketika itu turut ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin, Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Ibni Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Shahar Shah telah merasmikan taman ini bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-81.

Di sekitar kawasan Plak Perasmian ini memiliki pelbagai reka bentuk landskap  yang menarik dan ditanam pokok-pokok bunga pelbagai warna yang cantik dan indah. Lokasinya yang berdekatan dengan kolam yang dipenuhi dengan pokok kelapa akan membuatkan anda berdiri lama bagi menghayati dan menjiwai pemandangan ala kampung yang terdapat di situ.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1