Laman Kosmetik

Kosmetik dari bahan alam terutamanya dari tumbuh-tumbuhan telah ada sejak 3500 tahun yang lalu. Penggunaan kosmetik dalam bentuk sederhana dan dengan kaedah tradisional, telah digunakan oleh masyarakat terutamanya orang Melayu sejak dari dahulu lagi.  Atas rasa kesedaran dalam melestarikan ilmu kosmetik dalam dunia herba ini, maka lahirlah laman kosmetik di dalam Taman Herba Negeri Perak ini.

Ambillah ruang dan masa anda untuk menambah ilmu kosmetik tradisional dengan mengenali pokok-pokok herba seperti Avokado, Delima, Inai, Limau Purut dan pelbagai lagi yang dijadikan bahan yang diaplikasi secara topikal yang digunakan untuk memperbaiki penampilan, menghilangkan kotoran kulit, meningkatkan rasa percaya diri dan memperlambat timbulnya kerutan.

Lokasinya bersebelahan dengan kolam memancing dan berdekatan dengan Laman Warisan 1 pastinya memberikan inspirasi dan motivasi untuk bercucuk tanam kepada anda disamping melihat pemandangan hijau pokok dan bukit yang menenangkan.